Selasa, 29 Mei 2012

Etika Ketika Menjawab Telefon

Yup!!!! Itu adalah masalah utama yang aku hadapi ketika awal-awal berkerja di Suruhanjaya ni. Memang fail and disaster!!! Tak pasal-pasal dapat complain.. Malu and rasa down sekejap. Okey... Adakah kasar sangat nada aku bercakap time tu???? Ke cara aku yang kurang beradap SOPAN.. Hurmmm, ntah la... Tapi sejak tur, aku mula jadi trauma bila dengar bunyi telefon di ofis!!!!! Hahahaa... sampai ke tahap tu pulak. Tapi apa nak buat, dah nasib badan.. So, belajarlah dari kesilapan ye.
Dan, walaupun telah menerima sedikit taklimat berhubung etika menjawab telefon di pejabat oleh pegawai di Suruhanjaya ini, tapi maklumat yang aku perolehi ni, amat membantu!! Antara etikanya ialah:
  1. Angkat telefon pada deringan yang kedua.
  2.  Angkat ganggang telefon dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang alat tulis bagi membuat sebarang catitan. NADA suara mestilah dipastikan lembut dan tidak kelam kabut.
  3. Elakkan dari mengucapkan perkataan 'hello'. Sebaiknya adalah ucapkan salam/selamat pagi/tengah hari/petang. Seterusnya kenalkan nama agensi/jabatan/organisasi dan tanya siapa yang menelefon serta tawarkan apa-apa bantuan/maklumat yang diperlukan.
  4. Ucapkan terima kasih diakhir perbualan.
  5. Pastikan pemanggil telefon yang meletakkan ganggang terlebih dahulu dan letakkan ganggang telefon dengan cermat.
Opppss, ini adalah tingkah laku yang sangat tak beradab sopan ketika menjawab telefon!!! 

 Itu sahaja yer.. Sekian..