Selasa, 29 Mei 2012

Etika Ketika Menjawab Telefon

Yup!!!! Itu adalah masalah utama yang aku hadapi ketika awal-awal berkerja di Suruhanjaya ni. Memang fail and disaster!!! Tak pasal-pasal dapat complain.. Malu and rasa down sekejap. Okey... Adakah kasar sangat nada aku bercakap time tu???? Ke cara aku yang kurang beradap SOPAN.. Hurmmm, ntah la... Tapi sejak tur, aku mula jadi trauma bila dengar bunyi telefon di ofis!!!!! Hahahaa... sampai ke tahap tu pulak. Tapi apa nak buat, dah nasib badan.. So, belajarlah dari kesilapan ye.
Dan, walaupun telah menerima sedikit taklimat berhubung etika menjawab telefon di pejabat oleh pegawai di Suruhanjaya ini, tapi maklumat yang aku perolehi ni, amat membantu!! Antara etikanya ialah:
  1. Angkat telefon pada deringan yang kedua.
  2.  Angkat ganggang telefon dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang alat tulis bagi membuat sebarang catitan. NADA suara mestilah dipastikan lembut dan tidak kelam kabut.
  3. Elakkan dari mengucapkan perkataan 'hello'. Sebaiknya adalah ucapkan salam/selamat pagi/tengah hari/petang. Seterusnya kenalkan nama agensi/jabatan/organisasi dan tanya siapa yang menelefon serta tawarkan apa-apa bantuan/maklumat yang diperlukan.
  4. Ucapkan terima kasih diakhir perbualan.
  5. Pastikan pemanggil telefon yang meletakkan ganggang terlebih dahulu dan letakkan ganggang telefon dengan cermat.
Opppss, ini adalah tingkah laku yang sangat tak beradab sopan ketika menjawab telefon!!! 

 Itu sahaja yer.. Sekian..

Rabu, 14 Mac 2012

TuGas Seorang PemBantu TAdbir

'Bukan senang nk jadi senang'.. dlu selalu dengar ayat macam tur.. tapi memang betul pun!!! Lagi lah klu masih ZeRo dan belum ada apa-apa pengalaman! So, banyak benda baru yang kena belajar. Stakat ni, yang aku rasa, tak lah berat sangat tugas ni. Tapi, kena pastikan sebarang kesilapan tak berulang lagi. Antara tugas aku sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Siasatan ialah:

  • Membuka, merekod dan mengemaskini fail-fail berkaitan Seksyen Penilaian Siasatan.
  • Membantu dalam menaip dan menyediakan dokumen, laporan, kertas kerja dan stastistik yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Membantu dalam menyediakan draf surat-surat maklum balas.
  • Membantu dalam menyelaras pembangunan sistem aduan online iSPAAA.
  • Menjadi pembantu peribadi kepada Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
  • Membantu menjadi urusetia mesyuarat berskala pesuruhjaya
  • Merekod penghantaran dan mendaftar surat-surat rasmi dan faks berkaitan Seksyen Penilaian Siasatan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

~MajLis Sarung Cincin~

Masih dalam keadaan tak percaya walupun dah berbulan-bulan aku bergelar tunangan orang..
Sebabnya??? 
Masih tak sedia dan selalu berdepan masalah ngan tunang sendiri..
Setiap hari asik nak bergaduh dan tak puas hati...
 ermmm, macam tu lah kami sepanjang 8 tahun berkenalan.
Berbalik kepada kisah Majlis Pertungan aku yang berlansung pada 15 Januari 2012, iaitu pada hari Sabtu... Memang tak sangka sangat yang aku akan mengadakan majlis seperti itu. Alhamdulillah.. Syukur sangat pada Allah s.w.t kerana memberi aku peluang untuk merasainya.
Pilihan tema warna untuk barang hantaran, baju dan segala-galanya memang tak dirancang dan dibuat disaat-saat akhir. Kami membuat pilihan tema dan warna semasa meninjau2 membeli barangan hantaran di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Sementara tu, sebulan sebelum majlis, jenuh jugak lah aku survey2 kat internet untuk mencari idea bagi gubahan hantaran!!! and finally..
Yess!!! i did it!!!!
Antara Perkakasan yang diperlukan untuk membuat barang2 hantaran.
50% hampir siap.
~Hantaran untuk pihak lelaki~

Gubahan Sireh Junjung yang sangat cantik oleh saudara mara untuk pihak lelaki
~Hantaran untuk pihak perempuan~
Kasut
Cincin Tunang
Tepak Sireh
Barangan Make-up
 
Pelamin Tunang dari Butik Andaman Deqanis
Jurumekap merangkap bakal anak buah aku.

 Lagi gambar pelamin bersama-sama ngn barang hantaran

Berkat kerjasama ahli keluarga dan sanak saudara, akhirnya majlis aku berlansung dengan jayanya.. yeeayyyy!!! Mak selalu cakap, kalau rumah aku buat kenduri memang akan ramai yang datang. So, memang betullah cakap mak.

 Abah &Mak
(yang membelakangkan kamera tur ialah Haikal)

Antara orang kampung yang hadir.
(tarikh pada gambar adalah SALAH yer)

Sebelum majlis abah, adik dan sepupu sibuk menyembelih ayam kampung.

Operasi membahagi-bahagi gula-gula, kek & kuih muih kepada saudara mara.

 Kawan2 dari TJK


Bergambar kenangan bersama keluarga.


Saudara-mara sebelah abah

Diapit oleh ana & adik

~Sekian~