Selasa, 29 Mei 2012

Etika Ketika Menjawab Telefon

Yup!!!! Itu adalah masalah utama yang aku hadapi ketika awal-awal berkerja di Suruhanjaya ni. Memang fail and disaster!!! Tak pasal-pasal dapat complain.. Malu and rasa down sekejap. Okey... Adakah kasar sangat nada aku bercakap time tu???? Ke cara aku yang kurang beradap SOPAN.. Hurmmm, ntah la... Tapi sejak tur, aku mula jadi trauma bila dengar bunyi telefon di ofis!!!!! Hahahaa... sampai ke tahap tu pulak. Tapi apa nak buat, dah nasib badan.. So, belajarlah dari kesilapan ye.
Dan, walaupun telah menerima sedikit taklimat berhubung etika menjawab telefon di pejabat oleh pegawai di Suruhanjaya ini, tapi maklumat yang aku perolehi ni, amat membantu!! Antara etikanya ialah:
  1. Angkat telefon pada deringan yang kedua.
  2.  Angkat ganggang telefon dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang alat tulis bagi membuat sebarang catitan. NADA suara mestilah dipastikan lembut dan tidak kelam kabut.
  3. Elakkan dari mengucapkan perkataan 'hello'. Sebaiknya adalah ucapkan salam/selamat pagi/tengah hari/petang. Seterusnya kenalkan nama agensi/jabatan/organisasi dan tanya siapa yang menelefon serta tawarkan apa-apa bantuan/maklumat yang diperlukan.
  4. Ucapkan terima kasih diakhir perbualan.
  5. Pastikan pemanggil telefon yang meletakkan ganggang terlebih dahulu dan letakkan ganggang telefon dengan cermat.
Opppss, ini adalah tingkah laku yang sangat tak beradab sopan ketika menjawab telefon!!! 

 Itu sahaja yer.. Sekian..

Rabu, 14 Mac 2012

TuGas Seorang PemBantu TAdbir

'Bukan senang nk jadi senang'.. dlu selalu dengar ayat macam tur.. tapi memang betul pun!!! Lagi lah klu masih ZeRo dan belum ada apa-apa pengalaman! So, banyak benda baru yang kena belajar. Stakat ni, yang aku rasa, tak lah berat sangat tugas ni. Tapi, kena pastikan sebarang kesilapan tak berulang lagi. Antara tugas aku sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Siasatan ialah:

  • Membuka, merekod dan mengemaskini fail-fail berkaitan Seksyen Penilaian Siasatan.
  • Membantu dalam menaip dan menyediakan dokumen, laporan, kertas kerja dan stastistik yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Membantu dalam menyediakan draf surat-surat maklum balas.
  • Membantu dalam menyelaras pembangunan sistem aduan online iSPAAA.
  • Menjadi pembantu peribadi kepada Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
  • Membantu menjadi urusetia mesyuarat berskala pesuruhjaya
  • Merekod penghantaran dan mendaftar surat-surat rasmi dan faks berkaitan Seksyen Penilaian Siasatan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

~MajLis Sarung Cincin~

Masih dalam keadaan tak percaya walupun dah berbulan-bulan aku bergelar tunangan orang..
Sebabnya??? 
Masih tak sedia dan selalu berdepan masalah ngan tunang sendiri..
Setiap hari asik nak bergaduh dan tak puas hati...
 ermmm, macam tu lah kami sepanjang 8 tahun berkenalan.
Berbalik kepada kisah Majlis Pertungan aku yang berlansung pada 15 Januari 2012, iaitu pada hari Sabtu... Memang tak sangka sangat yang aku akan mengadakan majlis seperti itu. Alhamdulillah.. Syukur sangat pada Allah s.w.t kerana memberi aku peluang untuk merasainya.
Pilihan tema warna untuk barang hantaran, baju dan segala-galanya memang tak dirancang dan dibuat disaat-saat akhir. Kami membuat pilihan tema dan warna semasa meninjau2 membeli barangan hantaran di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Sementara tu, sebulan sebelum majlis, jenuh jugak lah aku survey2 kat internet untuk mencari idea bagi gubahan hantaran!!! and finally..
Yess!!! i did it!!!!
Antara Perkakasan yang diperlukan untuk membuat barang2 hantaran.
50% hampir siap.
~Hantaran untuk pihak lelaki~

Gubahan Sireh Junjung yang sangat cantik oleh saudara mara untuk pihak lelaki
~Hantaran untuk pihak perempuan~
Kasut
Cincin Tunang
Tepak Sireh
Barangan Make-up
 
Pelamin Tunang dari Butik Andaman Deqanis
Jurumekap merangkap bakal anak buah aku.

 Lagi gambar pelamin bersama-sama ngn barang hantaran

Berkat kerjasama ahli keluarga dan sanak saudara, akhirnya majlis aku berlansung dengan jayanya.. yeeayyyy!!! Mak selalu cakap, kalau rumah aku buat kenduri memang akan ramai yang datang. So, memang betullah cakap mak.

 Abah &Mak
(yang membelakangkan kamera tur ialah Haikal)

Antara orang kampung yang hadir.
(tarikh pada gambar adalah SALAH yer)

Sebelum majlis abah, adik dan sepupu sibuk menyembelih ayam kampung.

Operasi membahagi-bahagi gula-gula, kek & kuih muih kepada saudara mara.

 Kawan2 dari TJK


Bergambar kenangan bersama keluarga.


Saudara-mara sebelah abah

Diapit oleh ana & adik

~Sekian~


Selasa, 18 Oktober 2011


SusAh nya jadi PA ni (singkatan untuk Personal Asistant). Tak pasal-pasal kene marah dah tadi.. adoiii, takut tol ak kalu kene marah.
Dah la nak kene jumpa dia esok!! Tolong lah Datuk, jangan marah saya! Saya budak baru belajar!!
Ermmmm... memang betul pn cakap orang, don't judge a book by it's cover..
haaa... kan dah kena!!!Padan muka ko ayu!!! Memangla, mula-mula orang tu akan nampak baik jer, tapi kalu dah namanya bos, mesti dia akan melenting atau marah-marah jugak suatu hari nanti.
So, sebagai langkah berjaga-jaga, kene la aku lebih berhati-hati di masa akan datang. Biarlah dia nak membebel ker ape, tapi, nanti ko mesti tunjukkan kelebihan ko pada dia... Cuba perbaiki kelemahan diri dan belajarlah dari kesilapan.
..sekian..

Jumaat, 14 Oktober 2011

~RiNdu Serindu-Rindunya~


Ammar Hakim



Irdina Safiyah & Irdina Ramadhan



Adam Haris Azra


Setiap hari terasa rindu sangat... Rindu ngan muka-muka comel ni!!! Ermmm.. apa nak buat, tak mungkin dapat bersama ngan mereka ini seperti dahulu lagi!

~ Afeeq~


15 SEPTEMBER 2011




..Setapak Maju ke Hadapan..

Alhamdulillah, akhirnye segala penantian aku selama ni, membuahkan hasil... cewahhhh.. t'emosi la plk!! Tp, apasalahnye klu nk hebohkan pn! Walau jawatan terendah, tapi tercapai juga impian aku nak bekerja di sektor GoveRment ni. Al-maklumlah, bukan senang nak dapat peluang. Bak kata orang REZEKI.. So, bersyukurlah wahai diri.. Bermula dulu dari bawah, jgn nk berangan yang tinggi-tinggi sangat.. Insyaallah klu dah cukup pengalaman dan ada peluang, baru lah boleh berangan nak dok kat opis yang ade bilik sendiri!!!! So, aku malas nak layan cakap2 orang dan jawab soalan-soalan remeh tur lg! mls dh fikir! Baik aku keje jer...



Bangunan Menara Usahawan


Muka Puas Hati sbb dah dapat keje

Moral' of the story': JGn mudah putus asa..
sentiasa berusaha.. dan
jangan cepat mengalah..

Selasa, 4 Oktober 2011

Peristiwa Penting Sepanjang 2011!!!

3 September 2011; Hari paling bermakna dalam hidup aku, apabila untuk kali pertamanya hubungan aku dan si dia di ketahui oleh seluruh ahli keluarga ak!!! bersyukur sgt ke hadrat Ilahi.. Setelah sekian lama, akhirnya mak ngn abah dapat juga terima! Maka, untuk membuktikan kebenaran kasih sayang antara kami, diadakan majlis MERISIK!!! Insyaallah akan mnyusul majlis yang setrusnya, wlupn belum tahu lagi bila tarikhnya..

15 September 2011; Yessss!!!! dengan berkat kesabaran dan tak kenal erti putus asa, akhirnya ak dapat kerja!!!!! Yeayyy!!!!!!

30 Oktober 2011; Mendapat gaji pertama dan ini adalah yang paling banyak setakat ni.. Alhamdulillah..

21 Oktober 2011; Mampu jugak aku membeli kereta dengan hasil duit gaji aku yang tak seberapa ni.. syukur sangat kepada Tuhan..